
Walaupun ku)pan kurang memberansangkan untuk empat hari pertama tayangan filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam, penerbit D’ Ayu Pictures sudah ada perancangan menghasilkan sambungan filem berkenaan.
Pengarah Azaromi Ghozali berkata, dia melihat filem arahanya itu akan terus mendapat sambutan pada minggu kedua tayangan.
“Filem ini memulakan tayangan pada 15 Februari lalu dan hanya mendapat sambutan baik di negeri sebelah utara seper) Kedah, Perak dan Pulau Pinang diiku) dengan beberapa pawagam di Johor dan Terengganu.
“Saya pun kurang pas) kenapa filem ini )dak mendapat sambutan di negeri lain lebih-lebih lagi jumlah pawagam paling banyak bagi filem ini adalah di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.
Waruga: Kutukan Ilmu Hitam mengisahkan tentang pemujaan menghidupkan orang ma) dan tajuk ‘waruga’ sebagai inspirasi upacara kelahiran semula mengikut kepercayaan Minahasa yang akan letakkan se)ap jasad orang yang telah ma) ke dalam kuburan yang dinamakan waruga.
Pada masa sama, Azaromi berasa terharu dan amat berterima kasih kepada mereka yang sudah menonton dan menyokong dengan maklum balas posi)f sehingga pihak penerbit merancang untuk hasilkan Waruga 2.
‘Saya amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menonton dan paling mengharukan apabila saya mendapat maklum balas yang baik sehinggakan rata-rata mereka menghubungi saya bertanyakan apakah sambungan bagi Waruga 2.
“Malah ada yang berdebat dengan memberi idea masing-masing tentang apa yang akan berlaku selepas filem Waruga. Ada juga yang )dak biasa dengan penghujung cerita, namun telah saya nyatakan bahawa filem ini membawa konsep open ending yang mana se)ap penonton boleh selesaikan sendiri ‘puzzle’ yang di)nggalkan,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai konsep ‘open ending’, pengarah itu menyatakan ia bukanlah baru dalam dunia perfileman dan banyak digunakan oleh filem-filem luar bagi tujuan kepada penyambungan bahagian kedua.
Ujarnya, untuk filem berkenaan, dia telah menyusun jalan cerita dengan sangat baik dan mudah difahami sehingga segala persoalan dan konflik sepanjang cerita tersebut telah dijawab dengan terang dan jelas pada penghujung cerita tersebut.
Jelasnya, ‘puzzle’ yang dicipta dalam lima minit terakhir adalah satu ujian minda atau untuk menjadikan perbahasan kepada se)ap yang menonton bagi memberikan idea serta pandangan masing-masing.
“Benar, tak semua penonton boleh menerima konsep ini, tetapi saya harus memberikan kelainan berbanding filem-filem seram lain dan apabila ditanya kelainan maka jawapan saya adalah tentang open ending yang sangat mind blowing.
“Saya tak nak ceritakan tentang bagaimana hantunya muncul… bagaimana audio dan muzik atau sebagainya kerana ia juga terdapat dalam se)ap filem seram lain terutama elemen jump scare.
“Sebagai pengarah saya mencipta kelainan ini kerana memikirkan bahawa penonton di Malaysia sudah bijak menerima konsep sebegini terutama apabila filem berkonsep mind blowing ini banyak ditayangkan di saluran OTT,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azaromi memberitahu dia bersama pihak penerbit mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perancangan untuk jalan cerita Waruga 2.
“Saya mengumumkan di sini kepada sesiapa mempunyai idea kepada sambungan filem waruga, anda boleh menghantar sinopsis dan saya bersama panel skrip akan memilih anda yang bertuah,” ujarnya.
Untuk synopsis filem, mereka yang berminat boleh layari laman web d.ayupictures.com atau boleh berhubung lanjut di media sosial milik D Ayu Pictures.



