FilemTerkini

Angkat Seni Budaya Mak Yong, Duan Nago Bogho Mampu Jadi Sebuah Filem Evergreen

Filem yang mengangkat seni budaya Mak Yong, Duan Nago Bogho dilihat mampu menjadi sebuah karya ‘evergreen’ untuk terus ditonton oleh masyarakat.

Penerbitnya, Datuk Arifful Ahmadi Ab Rahman berkata, filem terbitannya itu mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila menggangkan elemen seni budaya dan komersial

“Sepanjang bergelar penerbit, saya lihat jarang terhasilkanya filem-filem yang mengangkat jatidiri. Jadi, saya berbincang dengan Sabri Yunos selaku pengarah dan penulis skrip hingga terhasilnya filem Duan Nago Bogho ini.

“Tidak dinafikan memang terdapat beberapa kritikan, namun saya tetap berpuas hati apabila Sabri menonjolkan seni budaya Malaysia tanpa meninggalkan elemen komersial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika acara Sesi Apresiasi Filem di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur malam tadi sempena dengan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33).

Beliau berkata, meskipun filem berkenaan menerapkan elemen Mak Yong, namun ia tetap mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

Jelasnya, ketika ditayangkan di pawagam pada Januari 2023, ia telah mendapat kutipan pecah panggung iaitu sebanyak RM1.3 juta.

“Apa yang menariknya, filem ini turut ditayangkan di Netflix. Sedangkan umum mengetahui tidak semua filem tempatan dapat dijual di platform itu.

“Ini membuktikan bahawa Duan Nago Bogho sememangnya mempunyai kualiti yang tersendiri untuk ditayangkan kepada penonton,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon utamanya iaitu Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman yang memegang watak sebagai Duan berkata, dia teruja untuk berlakon dalam filem tersebut kerana dia sudah terbabit dengan seni budaya Mak Yong selama 20 tahun.

Ujarnya, dia berasa cukup bertuah kerana dapat membintangi sebuah filem yang mana tema utama penceritaannya adalah Mak Yong.

“Persamaan antara ‘Asrulfaizal’ dan ‘Duan’ adalah kedua-duanya memang mencintai seni budaya Mak Yong. Disebabkan itu pembelajaran saya tentang seni ini tidak terhenti sampai sekarang.

“Selain itu, untuk filem ini juga Sabri ada meminta saya untuk kuruskan badan dan saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram,” ujarnya.

Sekadar makluman, filem terbitan syarikat Kalamarif Holdings Sdn Bhd itu tercalon dalam kategori Filem Terbaik di FFM33 dan akan bersaing dengan enam buah filem seperti Abang Adik, Mechamato Movie, Rain Town, Imaginur, Hungry Ghost Diner dan Sheriff.

Selain itu, Asrulfaizal sendiri turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan bersaing dengan empat lagi pelakon iaitu Zul Ariffin (Sheriff), Beto Kusyairy (Imaginur), Shaheizy Sam (Polis Evo 3) dan Chew Kin Wah (Rain Town). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button