Toujours Advanced secara rasmi mengumumkan pelakon dan personaliti Malaysia, Zarif Ghazzi, sebagai duta jenama terbaharunya bagi tahun 2027 menerusi sidang media eksklusif yang berlangsung pada 23 Oktober 2026.
Kerjasama ini membuka lembaran baharu buat Toujours Advanced dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebahagian daripada rutin harian, sekali gus menggalakkan orang ramai untuk lebih konsisten dalam menjaga diri sendiri.
WAJAH BAHARU MEMBAWA PERSPEKTIF BARU TENTANG WELLNESS
Menjaga kesejahteraan diri tidak semestinya memerlukan perubahan besar. Ada kalanya, ia bermula dengan perkara kecil yang dilakukan setiap hari.
Inilah pendekatan yang ingin diketengahkan menerusi kerjasama Toujours Advanced bersama Zarif Ghazzi.
Dikenali menerusi penampilannya di layar dan personalitinya yang mudah didekati, Zarif dilihat sebagai wajah yang mampu menjadikan topik kesejahteraan lebih dekat dengan kehidupan generasi hari ini.
Lebih daripada sekadar kerjasama bersama duta jenama, Toujours Advanced turut menjadi teman buat Zarif dalam perjalanan kerjayanya yang semakin berkembang.
Dengan jadual penggambaran yang padat dan komitmen di luar set, rutin penjagaan diri menjadi antara aspek penting untuk memastikan dirinya sentiasa bersedia menghadapi tuntutan harian.
Rangkaian produk Toujours menawarkan pilihan untuk melengkapi rutin tersebut. Toujours MagneSleep membantu melengkapi rutin rehat dan pemulihannya, manakala Toujours Collagen menyokong penjagaan kulit serta kesihatan secara menyeluruh. Toujours White Tomato pula membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Gabungan produk ini bakal menjadi sebahagian daripada rutin harian Zarif, selari dengan komitmen Toujours Advanced untuk menyokong penjagaan diri yang konsisten.
Pada masa sama, kerjasama ini turut menyerlahkan sisi Zarif yang sentiasa menjadi perhatian peminat seperti penampilan segak, pesona tersendiri dan imej jejaka idaman yang semakin mencuri tumpuan.
Menerusi kolaborasi ini, Toujours Advanced berharap dapat mendekati kelompok pengguna yang lebih luas, khususnya generasi muda.
Dengan membawa topik kesejahteraan ke dalam perbualan yang lebih dekat dengan kehidupan mereka, jenama ini ingin mengingatkan bahawa menjaga diri bukanlah sesuatu yang perlu ditangguhkan sehingga usia meningkat, sebaliknya satu amalan yang boleh dimulakan sejak awal.
LEMBARAN BAHARU BUAT ZARIF GHAZZI DAN TOUJOURS
Kehadiran Zarif Ghazzi sebagai duta jenama membuka ruang kepada idea kreatif, pendekatan komunikasi yang lebih segar serta pelbagai cara baharu untuk Toujours Advanced mendekati penggunanya.
Kerjasama ini mencerminkan perkembangan jenama tersebut dalam menjadikan kesejahteraan sesuatu yang lebih mudah difahami dan dekat dengan realiti kehidupan seharian.
Sepanjang tempoh kerjasama ini, peminat boleh menjangkakan kemunculan Zarif menerusi pelbagai inisiatif yang bakal diperkenalkan. Toujours Advanced turut berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan diri secara konsisten, di samping membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti penggunanya.
Zarif juga bakal memulakan langkah pertamanya sebagai duta jenama menerusi sebuah kempen baharu yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 25 Oktober 2026.
Kempen ini menjanjikan sesuatu yang berbeza buat para peminat, namun perinciannya masih dirahsiakan buat masa ini.
Apa yang pasti, kemunculan sulung ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak perkara menarik yang bakal dibawakan oleh Zarif bersama Toujours Advanced.
MENGAPA ZARIF GHAZZI?
Bagi Toujours Advanced, jawapannya cukup mudah. Ini kerana Zarif mempunyai daya tarikan tersendiri, dan jenama ini melihat potensi yang lebih besar dalam perjalanan kerjayanya.
Walaupun masih berwajah segar dalam industri hiburan, Zarif pantas mencuri perhatian dan menjadi antara personaliti yang semakin hangat diperkatakan, dengan sokongan peminat dari seluruh negara.
Bagi Toujours Advanced, bakat seperti Zarif wajar diberikan ruang untuk berkembang, dan jenama ini mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut sejak awal.
Justeru, kerjasama ini bukan sekadar tentang wajah baharu untuk mewakili jenama. Sebaliknya, Toujours Advanced mahu berkembang bersama Zarif, menyokong perjalanannya dalam industri hiburan serta melengkapi rutin penjagaan diri, kulit dan penampilannya ketika melangkah ke fasa kerjaya yang seterusnya.
Dengan gabungan potensi, personaliti dan cita rasa generasi baharu, kerjasama ini dijangka membawa dimensi segar kepada Toujours Advanced, sambil memperkukuh kedudukannya sebagai jenama yang mengutamakan kesejahteraan dalam kehidupan seharian. – KopiPlanet.com




