
Elly Mazlein Tidak Kisah Jika Dapat Gelaran Simbol Seks
Penyanyi Elly Mazlein menyatakan dia tidak kisah sekiranya ada peminat yang menggelarkannya simbol seks gara bentuk dadanya yang kini kelihatan montok.
Elly Mazlein berkata, bentuk dadanya kelihatan sedemikian gara-gara kini masih sedang menyusu anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia dua tahun.
“Semua sudah sedia maklum yang sehingga kini saya masih lagi menyusu badan sehingga sekarang ini.
“Mungkin juga sebab penampilan saya yang memakai baju warna putih menampakkan dada saya sebegini. Apa pun dada saya ni original (asli),” jelasnya yang menafikan membuat sebarang pembedahan terhadap dadanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran program Mentor Otai, di mana Elly Mazlein bertindak selaku pengacara bersama Haziq Hot FM.
Menurut Elly, dia sekarang ni tidak kisah tentang kata-kata orang sekeliling, termasuk sekiranya digelar simbol seks oleh segelintir orang.
“Lantaklah pada mereka yang nak cakap apa sahaja. Lagipun saya tidak boleh nak tutup mulut orang.
“Sekarang ni saya pun jenis yang tidak cepat sensitif dan jadi lebih kuat selepas apa yang berlaku. Kalau itu yang boleh buat mereka happy (gembira) terpulanglah,” jelasnya. – KopiPlanet.com



