Cerita ArtisHiburan

Fazley Raih Anugerah Usahawan Bakat Khas The ONE Awards 2018

Penyanyi dan cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob, 40, telah dianugerahkan Usahawan Bakat Khas sempena majlis anugerah Malaysia Outstanding National Entrepreneurs 2018 (The ONE Awards 2018) yang diadakan di Hotel Majestic, hari ini.

Anugerah itu diberikan kepada Fazley di atas usaha beliau dalam mengusahakan SukaSucre Bistro yang mengangkat industri kulinari tempatan pada tahap antarabangsa.

“Alhamdulillah, usaha saya dalam membangunkan SSB yang mendapat pelbagai kemenangan menerusi aspek makanan dan minuman sejak lima tahun lalu mendapat penghargaan The ONE Awards 2018. Dalam tempoh itu juga, jenama SukaSucre semakin berkembang dengan kewujudan SukaSucre Creatives (SSC) selaku syarikat kreatif serta pengurusan bakat dan produksi di bawah SukaSucre Studio (SSS).

“Tidak terhenti di situ, saya sentiasa memanjangkan langkah bagi mengangkat bidang masakan ke peringkat global sehingga membuka mata rakyat asing dengan kepakaran yang dimiliki,” kata Fazley yang merupakan graduan Victoria University of Wellington, New Zealand, University of Reims Champagne-Ardenne, France dan Le Cordon Bleu (LCB), Paris itu sejurus majlis berkenaan.

Trofi dan sijil Usahawan Bakat Khas itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JUMP, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

The ONE Awards 2018 yang merupakan sebuah majlis khas anjuran Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) itu bertujuan memberi pengiktirafan serta sokongan kepada para usahawan bersaiz kecil dan sederhana dalam menjana kepesatan ekonomi negara.

Majlis anugerah itu yang dihoskan oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Nazrudin Habibur Rahman itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Azharina, Ernie Zakri dan Syamel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button