Cerita ArtisHiburan

Sibuk Berlakon Tidak Jejas Kerjaya Nyanyian Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana menyatakan karier lakonannya yang semakin berkembang sekarang ini langsung tidak menghalang kariernya sebagai penyanyi.

Menurut juara Gegar Vaganza 2 itu, biarpun kini sibuk dengan dunia lakonan, namun bidang nyanyian masih lagi menjadi keutamaan.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kerjaya nyanyian saya masih lagi tidak terganggu, meskipun kini aktif berlakon.

“Lagipun pihak produksi banyak memberi kelonggaran kepada saya, misalnya saya diberi pelepasan untuk pergi show nyanyian pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,” jelasnya ketika ditemui semasa sidang media Anugerah MeleTOP baru-baru ini.

Tambah Siti Nordiana, ketika ini dia masih lagi sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Pengantin Musim Salju.

Ujarya, menerusi gandingannya dengan Aliff Satar, drama berkenaan hanya akan tamat penggambaran pada bulan Mei ini.

“Selain berlakon bersama-sama, saya dan Aliff juga akan duet bersama-sama untuk OST drama ini yang akan dihasilkan Faizal Tahir dan Ezra Kong,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga memberitahu dia bakal tampil dengan sebuah single berjudul Hatiku Milikmu dan akan dilancarkan bersama muzik video pada bulan
April nanti. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button