AntarabangsaHollywood

Eminem Beri Respon Gosip Bercinta Dengan Nicki Minaj

Penyanyi rap Eminem menafikan khabar angin yang mendakwa dia kini sedang bercinta dengan rakan artis Nicki Minaj.

Minggu lalu, Nicki mengesahkan yang dia sedang menjalinkan cinta dengan Eminem selepas menjawab pertanyaan peminatnya di ruangan komen Instagram.

Nicki kemudiannya tampil membuat pengakuan bahawa dia sengaja bergurau dan tidak menyangka peminat akan mempercayai perkara tersebut.

Dalam sebuah persembahan di Boston, Amerika Syarikat baru-baru ini, Eminem bertanyakan kepada penonton, “Boston, berapa ramai di antara kamu yang nak lihat saya bercinta dengan Nicki Minaj?”

Melihatkan respons ramai yang mahu dia menjalinkan hubungan istimewa dengan Nicki, Eminem kemudian membalas kepada penonton, “Ya, saya pun teringin nak bercinta dengan dia. Nicki jika awak dengar pesanan ini, terus mesej saya kita boleh bincang mengenainya”, gurau Eminem.

Nicky yang popular dengan lagu Anaconda itu kemudiannya membalas gurauan itu di laman Twitter dengan menulis, “Haha, Eminem memang seorang yang suka bergurau seperti saya. Saya sukakannya. Eminem kita perlu bekerjasama dalam album Queen.”

“Di studio itu nanti akan jadi tempat kita bertemu janji, di samping saya tenung mata awak dan awak menyiapkan lirik lagu,” gurau Nicki. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button