
Tak Percaya Bekas Suami Jaga Anak, Janet Jackson Lapor Polis
Penyanyi Janet Jackson dilapor telah menelefon pihak polis untuk memeriksa tempat penginapan bekas suaminya ketika menjaga anak tunggal mereka, Eissa Al Mana, 1.
Eissa dijaga oleh bapanya, jutawan dari Qatar, Wissam Al Mana di Hotel Nobu, California, Amerika Syarikat, sebelum lokasi penginapan mereka diserbu polis baru-baru ini.
Hasil pemeriksaan, tiada sebarang perkara mencurigakan berlaku terhadap anak penyanyi Together Again itu termasuk tanda-tanda kemungkinan didera oleh bapanya itu.
Menurut abang Janet, Randy Jackson, adiknya terpaksa memanggil polis untuk campur tangan selepas menerima aduan daripada pengasuh anaknya yang curiga dengan sikap bekas suami Janet yang menakutkan ketika tiba gilirannya menjaga anak mereka.
Sehingga kini, wakil jurucakap Wissam tidak mengeluaran sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan seperti yang dikatakan oleh bekas abang iparnya itu.
Janet dan Wissam berkahwin pada 2012 namun berpisah pada April tahun lalu.
Penceraian mereka berlaku selepas tiga bulan Janet melahirkan Eissa pada Januari 2017. – KopiPlanet.com