
Chris Pratt Digosipkan Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger
Pelakon filem Jurassic World: Fallen Kingdom, Chris Pratt dikatakan sedang bercinta dengan anak Arnold Schwarzenegger, Katherine Schwarzenegger.
Mereka digosipkan bercinta selepas gambar pasangan itu sedang berpiknik di sebuah taman di Santa Barbara, California tersebar di laman-laman berita hiburan.
Sehingga kini, wakil jurucakap Chris masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab gosip tersebut.
Katherine, 29, yang merupakan anak sulung Arnold dengan isteri Maria Shiver merupakan seorang penulis.
Chris, 38, sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres Anna Faris namun berpisah pada Ogos tahun lalu.
Chris dan Anna mempunyai seorang anak lelaki, Jack, 5, menerusi perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama sembilan tahun itu. – KopiPlanet.com Perkahwinan yang mampu bertahan sembilan tahun itu




