AntarabangsaHollywood

Dwayne Johnson Dinobat Aktor Raih Pendapatan Tertinggi Tahun Ini

Aktor Dwayne Johnson telah dinamakan sebagai aktor yang menerima pendapatan palint tinggi pada tahun ini.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah bisnes Forbes, Dwayne mengungguli carta itu menerusi filem blokbuster lakonannya, Jumanji: Welcome to the Jungle yang mendapat sambutan hangat daripada seluruh dunia.

Dwayne yang juga dikenali sebagai The Rock mengumpul kekayaan sebanyak US$124 juta (RM503 juta) dari bulan Jun 2017 hingga Jun tahun ini.

Filem Jumanji yang diolah semula berdasarkan filem asal pada tahun 1992 itu mencatat kutipan lebih US$1 bilion (RM4 bilion) di seluruh dunia.

“Wow, satu perkhabaran yang mengejutkan. Saya tidak mempunyai sijil daripada Harvard. Saya haya mempunyai seorang majikan iaitu dunia ini dan anda semua di luar sana.

“Saya hanya seorang pemuda yang bermula dengan hanya wang saku US$7 (RM28) dalam poket. Saya sangat-sangat bersyukur dengan rezeki ini,” tulis Dwayne menerusi laman Twitternya.

Walaupun menerima pendapatan tertinggi di kalangan pelakon, namun Dwayne dikalahkan George Clooney yang menduduki tangga kedua senarai keseluruhan tersebut.

Namun, aset kekayaan George bukan diperolehi menerusi gaji dari bidang lakonan sebaliknya daripada sahamnya di sebuah syarikat minuman keras yang disertainya.

Di bawah merupakan senarai 10 selebriti dengan pendapatan paling tinggi tahun lalu.

Antara yang tersenarai adalah seperti peninju, Floyd Mayweather, Kylie Jenner, band U2, Coldplay, Ed Sheeran dan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. – KopiPlanet.com

Senarai 10 selebriti menerima pendapatan paling tinggi tahun lalu:

1. Floyd Mayweather: $285 juta (RM1.1 bilion)

2. George Clooney: $239 juta (RM969 juta)

3. Kylie Jenner: $166.5 juta (RM675 juta)

4. Judy Sheindlin: $147 juta (RM596 juta)

5. Dwayne Johnson: $124 juta (RM503 juta)

6. U2: $118 juta (RM478 juta)

7. Coldplay: $115.5 juta (RM648 juta)

8. Lionel Messi: $111 juta (RM450 juta)

9. Ed Sheeran: $110 juta (RM446 juta)

10. Cristiano Ronaldo: $108 juta (438 juta)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button