
Ahli Big Bang Beri Sokongan Seungri Jayakan Konsert Solo
Kebanyakan penyanyi berkumpulan enggan memberikan sokongan ahli sekiranya salah seorang daripada mereka mahu tampil solo.
Namun situasi itu berbeza sekali buat kumpulan popular K-Pop Big Bang apabila kesemua empat ahli mereka memberikan sokongan untuk Seungri menjayakan konsert solonya baru-baru ini.
Seungri yang mengadakan konsert solonya pada hujung minggu lalu menerima sokongan padu daripada G-Dragon, Taeyang, Top dan Daesung yang menghadiahkannya sejambak bunga sebaik persembahan berakhir.
Keempat-empat mereka tidak dapat hadir kerana terikat dengan latihan ketenteraan sejak awal tahun ini.
Seungri melancarkan album solonya, The Great Seungri pada 20 Julai lalu dan kini sedang sibuk dengan aktiviti promosi album tersebut.
Menerusi konset tersebut, Seungri membuat pengumuman dia akan menyertai latihan ketenteraan dalam masa terdekat agar peminat boleh melihat semula kemunculan kelima-lima ahli Big Bang dalam satu pentas selepas ini. – KopiPlanet.com



