
Showcase Saleem Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (19 Ogos) di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu iaitu 9 September.
Menurut pihak penganjur Triple Work Entertainment, showcase itu terpaksa ditunda atas permintaan peminat setia Saleem berikutan tarikh asal terlalu hampir dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 22 Ogos (Rabu).
“Ini adalah atas permintaan tinggi oleh para peminat Saleem kerana tarikh hari raya Aidiladha jatuh pada 22hb Ogos membuatkan ramai peminat setia Saleem tak dapat hadir ke showcase tersebut.
Tiket tiket yang telah dibeli masih boleh digunakan seperti biasa.
“Pihak kami ingin meminta maaf di atas penundaan tarikh showcase ini dan harap semua peminat terus beri sokongan penuh kepada Showcase Saleem Live In KL,” kata Azroy Ramli selaku wakil penganjur menerusi kenyataan media.
Tiket berharga RM100 masih lagi dijual dan sebarang pertanyaan mengenai showcase ini, anda boleh dapati menerusi laman Instagram dan Facebook @saleemliveinkl atau hubungi di talian 012-2679323 (Azroy) atau 019-5936465 (Azam). Tiket
Menerusi showcase dua jam itu nanti, Saleem akan mempersembahkan seleksi lagu hits nyanyiannya seperti Suci Dalam Debu, Bukan Niatku, Juwita dan Blues Terengganu.
Selain Saleem, showcase itu akan diiringi barisan sessionist seperti Lola XPDC, Eddie Def Gab C, Lan Dragon Malaya dan Fuad. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Saleem



