Cerita ArtisHiburan

“Jiwa Saya Masih Tetap Pada Bidang Nyanyian” – Syafiq Farhain

Penyanyi Syafiq Farhain menyatakan jiwanya masih kekal utuh dalam bidang nyanyian, meskipun kini sudah mula menceburi dunia lakonan.

Syafiq berkata, biarpun sudah mendapat beberapa tawaran berlakon, tetapi dia akan menerimanya jika tidak melanggar kerjaya nyanyiannya.

“Kalau diberi pilihan antara menyanyi dan berlakon, sudah tentu saya pilih nyayian kerana jiwa saya lebih ke arah bidang seni tersebut.

“Bagaimanapun, kalau ada tawaran lakonan yang tidak mengganggu jadual nyanyian saya akan terima. Cuma, saya tidak akan ambil watak atau karakter yang berat,” jelasnya.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Hero The Movie yang sedang dijalankan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman kali pertama berlakon dalam filem berkenaan, anak kepada Allahyarham Saleem Iklim itu menyatakan ia memberi satu pengalaman baharu buat dirinya.

Namun begitu, dia mengakui watak yang diterima sebagai seorang anggota bomba dalam filem terbitan NS Star Sdn. Bhd. itu agak ringan.

“Sepanjang berlakon, saya banyak bertanya dan mendapat tunjuk ajar pelakon-pelakon lain seperti Hisyam Hamid dan Bell Ngasri dan rasa cukup beruntung mendapat ilmu lakonan daripada mereka.

“Selain itu, saya juga dapat merasai pengalaman berlakon sehingga awal pagi dan apa yang paling membuat saya kagum apabila melihat kru dan pelakon-pelakon yang masih bertenaga untuk teruskan penggambaran,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Syafiq Farhain

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button