EventHiburan

Dukun, Pendosa Ingin Ke Syurga & Nur Dominasi ASK 2018

Filem arahan Dain Said berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK2018).

Selain itu, filem tersebut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (Dain Said), Lakon Layar Terbaik (Huzir Sulaiman), Pelakon Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron).

Pelakon Shaheizy Sam pula cemerlang apabila berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Pinjamkan Hatiku.

Manakala karya arahan sutradara terkenal Rashid Sibir, Pendosa Ingin Ke Syurga dinobatkan sebagai Drama Terbaik.

Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Rashid Sibir), serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Fauziah Nawi).

Drama rantaian yang menjadi fenomena, Nur membolot semua tiga kategori baharu iaitu Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian yang dimenangi pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) bersiaran secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).

ASK2018 membawa kelainan apabila tidak mempunyai hos sebaliknya hanya menampilkam barisan penyampai anugerah yang terdiri daripada Maya Karin, Awal Ashaari, Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Sheryy Al-Hadad dan Izzue Islam.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Altimet, Amelia Henderson, Wany Hasrita, Ernie Zakri dan Jaclyn Victor.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang ASK 2018:

Penyunting Drama Terbaik: Qalbu

Videografi Drama Terbaik: Nisaa

Rancangan Majalah Terbaik: 999

Rancangan Realiti Terbaik: : Let’s Cycle Season 3

Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017

Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun

Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namrom (Dukun)

Lakon Layar Terbaik: Dukun

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)

Pengarah Terbaik Drama: Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pengarah Terbaik Filem: Dain Said (Dukun)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu): Nur

Filem Terbaik: Dukun

Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram TV3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button