Cerita ArtisHiburan

Shaheizy Sam Serius Berlakon, Bukan Hanya Tumpu Populariti

Pelakon Polis Evo 2 (PE2), Shaheizy Sam, 36, berharap segala persediaan yang dilakukannya bagi menghayati sesuatu watak yang ditawarkan kepadanya dapat memberi motivasi serupa kepada setiap pelakon di luar sana.

Menurut Sam, dia bukan berniat untuk mengajar sebaliknya mahu setiap pelakon menjadikan bidang lakonan ini sebagai satu pekerjaan yang serius dan tidak hanya mahu mengejar populariti semata-mata.

“Saya harap dapat memberi motivasi kepada semua pelakon. Bukan saya nak cakap yang diri saya ini hebat. Saya cuma mahu kerjaya sebagai pelakon ini diambil serius, bukan sekadar nak popular semata-mata.

“Kalau mereka letakkan sepenuh jiwa dan raga terhadap lakonan, kepuasan itu akan terlahir sendiri nanti. Jadi adalah lebih baik untuk mereka melakukan persiapan rapi sebelum menjayakan sesuatu watak yang ditawarkan kepada mereka,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sam ditemui pada malam gala tayangan PE2 yang berlangsung di MBO The Starling Mall, Damansara baru-baru ini. Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu turut dibintangi Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Fir Rahman dan Hairul Azreen.

Untuk filem PE2, Sam sanggup menolak sebarang tawaran lakonan lain selama 15 bulan bagi memberikan sepenuh komitmen terhadap wataknya dalam filem itu.

Ujarnya, sepanjang tenpoh 15 bulan itu, dia telah melalui pelbagai transformasi antaranya perlu mengawal diet hariannya selain memahirkan diri dengan pengunaan senjata canggih.

Selain itu, Sam turut menyatakan perhargaannya buat isteri, Syatilla Melvin yang banyak bersabar dengannya sepanjang menjalani tempoh berdiet untuk menjayakan watak Inspektor Sani dalam PE2.

“Tahulah kan, bila kita berdiet ini tak boleh makan itu tak boleh makan, kita akan cepat naik marah. Syatilla banyak bersabar sepanjang tempoh saya diet untuk dapatkan tubuh badan yang sesuai dengan watak Inspektor Sani.

“Sebaik habis penggambaran memang saya balas dendam, makan semua makanan yang tidak boleh dimakan dulu. Nasib baik badan saya jenis cepat naik dan cepat turun juga, mungkin disebabkan metabolisme tinggi,” ujarnya.

PE2 yang merupakan filem francais Polis Evo bakal menemui penonton bermula 22 November ini. Selain Malaysia, PE2 yang menelan belanja RM7 juta akan turut ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button