
Peminat Terharu Mina Twice Bersetuju Dermakan Organnya
Jika anda tertanya-tanya bahawa Mina, ahli kumpulan Twice merupakan bidadari yang sebenar, kini dia telah membuktikannya!
Ini kerana baru-baru ini, Mina telah mengambil keputusan melakukan sesuatu yang ekstrem di mana dia telah mendaftar sebagai penderma organ di Korea Selatan. Selain itu, dia juga dilaporkan telah mendaftar sebagai penderma organ di Jepun sejak lima tahun lalu.
Menerusi posting di Instagram miliknya, Mina tulus berkongsi perasaannya mengenai perkara itu.
“Hello semua! Adakah anda mengakhiri tahun ini dengan baik? Hari ini merupakan hari ke-800 Twice semenjak membuat kemunculan dalam bidang seni. Tahniah! Tahniah! Jadi, di penghujung tahun ini saya telah mendaftar untuk menjadi salah seorang penderma organ. Kepada semua yang sering menyokong kami dan memberikan kami semangat, terima kasih banyak. Semoga hari-hari anda indah selepas ini,” katanya.
Kebaikan serta sifat keprihatinan Mina tidak hanya terhenti di situ, sebaliknya dia turut memuat naik post mengenai topi comel yang dikaitnya sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran mengenai penyakit yang sering melibatkan kanak-kanak. – KopiPlanet.com