Cerita ArtisHiburan

Ella Tiada Masalah Azharina Ambil Jojie Jadi Pengurus

Setelah sekian lama menanti, penyanyi Azharina Azhar akhirnya berjaya mendapatkan Jojie Aminuddin iaitu kakak kepada ratu rock negara, Ella sebagai pengurus barunya.

Menurut pelantun Elergi Sepi itu, dia sangat berminat untuk bekerjasama dengan pengurus artis lagenda itu setelah melihat kesungguhan Jojie dalam industri muzik.

“Sebenarnya saya sudah lama mengenali Jojie lebih daripada 18 tahun ketika dia menguruskan Ella. Jadi ia menjadi satu penghormatan kepada saya apabila dia bersetuju untuk menguruskan saya pula sekarang.

“Saya amat memerlukan Jojie untuk mengurus saya dengan kesibukkan saya nak uruskan anak-anak dan perniagaan,” kata Azharina kepada KopiPlanet.com.

Azharina ditemui pada majlis ramah mesra bersama media yang berlangsung di Pulp By Papa Pahelta, Bangsar Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Jojie mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ella memandangkan tidak lagi mengurukskan kerjaya adiknya itu.

“Hubungan saya dan Ella masih baik dan dia tiada masalah jika saya mempunyai hala tuju menjadi pengurus serta penasihat kepada Azharina.

“32 tahun saya jadi pengurus Ella, jadi saya nak bagi peluang kepada Azharina untuk melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak akan menguruskan Ella lagi kerana dia sudah mempunyai pasukan baru dalam karier sebagai penyanyi,” katanya.

Jojie mengakui bahawa amat meminati dan menyayangi bakat yang ada pada Azharina.

“Sejujurnya saya sangat meminati Azharina dan apabila melihat bakat yang ada pada dirinya, saya jadi sayang kalau dilepaskan begitu saja.

“Saya suka dengan vokal Azharina yang unik dan sikap profesional yang terselah dalam diri dia,” katanya. – KopiPlanet.com

Artikel oleh: Syafiqah Othman

Pelajar Praktikal UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button