AntarabangsaHollywood

Adam Lambert Dedah Punca Dirinya Tolak Watak Freddie Mercury

Sebelum ini nama penyanyi Adam Lambert pernah disebut-sebut untuk memegang watak Freddie Mercury dalam filem Bohemian Rhapsody.

Bagaimanapun, watak berkenaan akhirnya jatuh kepada Rami Malek. Namun begitu, Adam telah mendedahkan punca dia menolak tawaran untuk membawakan watak vokalis kumpulan Queen itu.

“Saya rasa kurang sesuai sekiranya saya membawakan watak sebagai Freddie. Secara fizikal saya tidak kelihatan seperti dirinya, begitu juga dengan suara saya,” jelasnya.

Biarpun menolak untuk membawakan watak utama dalam filem berkenaan, akhirnya juara American Idol 8 itu telah membuat kemunculan secara cameo dan memuji lakonan Rami.

“Bagi saya Rami seorang yang luar biasa dan dia seorang pelakon yang hebat. Malah, saya melihat kesungguhan pihak produksi untuk membuatkan watak Freddie benar-benar menjadi,” ujarnya.

Ternyata peranan yang dibawakan oleh Rami itu telah membuahkan hasil apabila pelakon berkenaan dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada acara Oscar Ke-91 pada minggu lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button