
Adam Levine Jadi ‘Pondan’ Untuk Halloween
Jika kebanyakan selebriti menggayakan kostum menakutkan bagi menyambut perayaan Halloween namun lain halnya buat vokalis Maroon 5, Adam Levine.
Adam memilih untuk menjadi ‘wanita jadian’ apabila mengenakan pakaian wanita untuk perayaan yang disambut pada setiap 31 Oktober itu di Amerika Syarikat.
Berpakaian serba lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki beserta rambut palsu merah jambu, kot bulu, mini skirt corak kulit zebra, camisole berenda bercetak kulit harimau bintang serta berstokin jaring, Adam kelihatan cukup menawan. Tapi satu sahaja yang Adam tak pakai, kasut tumit tinggi yang sering dipakai kaum wanita.
Adam menggayakan kostum wanita ketika menghadiri Casamigos Halloween Party 2017 bersama isterinya, Behati Prinsloo.
Dalam kapsyennya, Adam menulis, “Ceroboh almari isteri saya. Penghormatan kepada wanita-wanita di luar sana. Bukan suatu perkara yang mudah untuk memakai pakaian dan aksesori wanita!” – KopiPlanet.com