Cerita ArtisHiburan

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bina Masjid Untuk Saham Akhirat

Pasangan romantis, Aeril Zafrel, 32, dan Wawa Zainal, 28, mengakui berasa terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad sehingga mendorong mereka untuk membina sebuah masjid di kampung halaman aktor itu di Batu Pahat, Johor.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan ini juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi projek tersebut.

“Pada awalnya, Wawa dengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

“Sebelum itu kami ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

“Kebetulan masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam hari ini.

Wawa tampil dengan produk kosmetik terbaharu, Edisi Glam Raya yang terdapat dalam dua versi, Bukhari dan Muslim yang dijual pada harga RM79.00 seunit. Ia mengandungi set produk pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek.

> Baca: Faizal Tahir Jadi ‘Payung Terjun’ FML Mendarat Dalam Industri Seni

Tambah Aeril, hasil penjualan produk terbaharu itu nanti akan disumbangkan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut yang dianggarkan kos bernilai RM1.2 juta.

Katanya, masjid yang dijangka dibina pada awal tahun depan itu boleh memuatkan kira-kira 700 hingga 800 jemaah.

“Saya kira masjid ini bukan dari kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana kami yang menyumbang untuk kos pembinaan semula.

“Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” jelasnya yang berharap sumbangan ini tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button