• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Agensi Pengurusan Song Hye Kyo Fail Saman Berhubung Isu Cerai

Agensi pengurusan yang menguruskan kerjaya pelakon Song Hye Kyo, UAA hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan mereka akan menyaman beberapa pihak berkenaan isu memfitnah aktres itu.

Kenyataan itu menyebut, “Hari ini, UAA telah menghantar notis saman rasmi kepada beberapa individu yang dikesan telah memfitnah serta menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai Song Hye Kyo berhubung isu penceraiannya baru-baru ini.”

“Sebaik sahaja pihak kami selesai mengumpulkan bukti berkaitan seperti komen, posting, kandungan video YouTube dan sebagainya yang menjatuhkan imej artis naungan kami, kami akan menghantar beberapa lagi saman terhadap individu yang terlibat. Kami merancang untuk meneruskan saman tanpa sebarang perbincangan dengan pihak terlibat.

Warganet di Korea Selatan sebelum ini mengecam tindakan Hye Kyo yang keluar menghadiri majlis glamor beberapa hari selepas berita perpisahannya didedahkan kepada umum.

Awal minggu ini, Mahkamah Keluarga Seoul telah mengesahkan penceraian di antara Song Hye Kyo dan bekas suaminya, Song Joong Ki. Pasangan itu dilaporkan berpisah berpunca daripada tiada keserasian bersama. Mereka berkahwin pada 31 Oktober 2017 di sebuah hotel mewah di Seoul. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend