Cerita ArtisHiburan

“Air Mata Dan Lakonan Hebat Boleh Menutupi Mata Manusia…“ Ibu Aliff Aziz Sindir Bella Astillah?

Setelah pelbagai pendedahan dibuat oleh Bella Astillah menerusi satu sidang media petang tadi, ibu mentuanya Fiza Aziz dilihat memuatnaik status di IG Story.

Ternyata status di IG Story itu dilihat sebagai kata-kata sindiran seperti yang ditujukan kepada Bella.

“Air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenarnya.

“Tetapi yakinlah kita akan takut dengan bayang-bayang diri sendiri,” ujarnya.

Menerusi sidang media petang tadi, Bella mendedahkan bahawa suaminya itu sudah curang sebanyak 11 kali sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Malah, apa yang lebih mengejutkan, Aliff juga dikatakan curang dengan adik Ipar sendiri iaitu Eriqa Astillah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
4
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button