Cerita ArtisHiburan

Air Mata Zizan Tumpah Saat Menonton ‘Saya Jual Ye Bang’

Pelakon Zizan Razak mengakui air matanya tumpah saat menonton super telemovie terbaharu lakonannya terbitan Astro First Eksklusif berjudul Saya Jual Ye Bang.

Menurut Zizan, super telemovie berkenaan telah berjaya membuatkan dia menangis tatkala menonton pengakhiran cerita berkenaan yang telah menunjukkan sisi matangnya dalam bidang lakonan.

“Saya ini jenis susah nak menangis bila tengok mana-mana drama atau filem, tetapi bila tengok Saya Jual Ye Bang air mata saya menitis juga tadi. Saya menangis sebab tersentuh dengan jalan ceritanya serta ia turut menampilkan sisi lain saya yang sebelum ini orang tak nampak.

“Super telemovie juga ini menyerlahkan sisi matang dan serius saya apabila membawakan watak seorang suami tidak dihiraukan isteri yang mengejar glamor serta lupa diri. Banyak bermain dengan emosi di sebalik genrenya komedi romantik,” katanya.

Zizan kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pratonton super telemovie Saya Jual Ye Bang yang berlangsung di GSC The Gardens, Kuala Lumpur semalam.

Selain Zizan, karya arahan Kabir Bhatia itu turut dibintangi Uqasha Senrose, Datuk AC Mizal, Nadiyah Shahab, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray Era dan Raianna.

Sementara itu, penerbit eksekutif Gayatri Su-lin Pillai berkata, pihaknya yakin Saya Jual Ye Bang mampu mencuit hati penonton di luar sana.

“Super telemovie yang berdurasi 100 minit ini merupakan adaptasi daripada filem Taiwan berjudul Ace Of Sales. Kami hanya mengambil sebanyak 50 peratus inspirasi daripada filem tersebut.

“Penggambaran pula mengambil masa selama 12 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ia memberikan kelainan ia turut memaparkan realiti kehidupan pengacara Astro Go Shop yang dilakonkan oleh watak Uqasha,” katanya.

Ia mengisahkan tentang Rose (Uqasha) seorang pegawai pemasaran bercita-cita tinggi yang mempunyai seorang suami yang penyayang dan merendah diri iaitu Amin (Zizan) seorang mekanik.

Rose mula berubah selepas bergelar hos program Astro Go Shop sehingga hampir terpalit skandal dengan bosnya, Mr. Sam (Idris Khan).

Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan atau adakah Rose akan terus tenggelam dengan dunia yang penuh glamor yang menjadi impiannya selama ini?

Saya Jual Ye Bang bakal ditayangkan bermula 14 Mac ini menerusi saluran 480 dan Astro On Demand. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button