Cerita ArtisHiburan

Aizat Amdan Dipilih Artis Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan diberi penghormatan sebagai artis pembuka tirai (opening act) untuk konsert penyanyi antarabangsa, Jason Mraz yang akan berlangsung pada 13 Mei ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada lokasi konsert jelajah Good Vibes Tour 2019 di Asia oleh bintang yang cukup terkenal dengan lagu I’m Yours itu.

“Saya berasa amat bersyukur diberikan peluang ini. Dipilih untuk membuat persembahan pembukaan dan memanaskan pentas untuk salah satu penyanyi dan komposer berbakat di dunia merupakan satu kejayaan peribadi saya.

“Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik. Saya harap agar kami boleh bekerjasama di masa akan datang,” kata Aizat.

Aizat menyifatkan peluang yang diberikan kepadanya sebagai penghormatan besar buatnya kerana dapat berkongsi pentas yang sama dengan pemenang anugerah Grammy itu.

Sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Pergi, Hanya Kau Yang Mampu, Susun Silangkata, Sungai Lui, Kau Aku dan Sampai Ke Hari Tua masih lagi menjadi siulan peminat sehingga hari ini.

Terkini, Aizat melancarkan single terbaharunya berjudul Angin Lalu pada 26 April lalu dan ia sudah boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital.- KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button