• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Akaun Instagram Nora Danish Hampir Kena Godam Oleh ‘Ella’

Pelakon Nora Danish mendedahkan dia hampir menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun Instagram ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin.

Menurut Nora, dia menyedari perkara itu selepas menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp selepas dia berkongsikan nombor telefonnya kepada ‘Ella’ menerusi ‘direct message’ di Instagram.

Berkongsikan perkara itu, Nora menulis di IG Story, “Semalam saya hadir ke sebuah majlis dan berjumpa kak Ella, bintang rock lagenda. Saya pasti semua kenal kak Ella. Saya suka dia dan dia sangat cantik. Jadi saya ambil video kak Ella di Insta Story dan tagged Instagram dia.”

“Kemudian kak Ella DM dan minta nombor Whatsapp saya..pagi ini saya dapat mesej daripada Instagram! Dalam mesej itu mengatakan saya ada memuat naik sesuatu berkaitan keganasan dan akaun saya akan ditutup.

“Saya tekan link berkaitan dan nasib baik telefon saya seperti tersekat seketika. Jadi saya sempat berfikir kenapa Instagram menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp dan bukannya melalui email? Saya terus teringat siapa yang minta nombor saya semalam. Ianya kak Ella!” tulisnya.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Nora lantas memeriksa akaun Instagam Ella dan mendapati terdapat beberapa muat naik yang memaparkan foto wanita warga asing berpakaian seksi.

Nora kemudiannya meminta orang ramai ‘unfollow’ akaun lama Ella iaitu @ellaaminuddin dan ‘follow’ akaun baharu Ella iaitu @ellaaminuddins.

Akaun media sosial milik selebriti tempatan digodam oleh hackers bukan merupakan isu baharu sebaliknya sudah ramai artis yang pernah terkena dengan taktik penggodam. Antara artis yang pernah melalui pengalaman sama ialah Jihan Muse, Emma Maembong, Aliff Aziz dan Azad Jasmin. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend