AntarabangsaBollywood

Akshay Kumar Wakil Pelakon Bollywood Tersenarai 100 Terkaya Forbes

Pelakon Akshay Kumar menjadi satu-satunya wakil tunggal pelakon Bollywood yang tercalon dalam senarai 100 Selebriti Dunia Meraih Pendapatan Tertinggi 2019 yang dikeluarkan majalah Forbes.

Suami kepada aktres Twinkle Khanna itu tersenarai di kedudukan ke-35 yang mana ia diungguli oleh penyanyi terkenal, Taylor Swift.

Akshay meraih pendapatan sekurang-kurangnya AS$5-10 juta (RM21-RM41 juta) bagi satu-satu filem yang dibintanginya. Selain rancak berlakon filem, Akshay turut menjadi perhatian label dan jenama popular yang ingin menjadikannya sebagai duta produk mereka dan setakat ini sebanyak 20 jenama popular telah menyambarnya bagi tujuan itu.

Dengan pendapatan bersih AS$65 juta (RM267 juta ) dari bulan Jun 2018 hingga Jun tahun ini, Akshay telah mengalahkan ramai selebriti gred A lain seperti Rihanna, Jackie Chan, Bradley Cooper dan Scarlett Johansson.

Filem terbaharu lakonan hero berusia 52 tahun itu yang berjudul Mission Mangal bakal ditayangkan pada 15 Ogos ini, berkisar mengenai misi menawan planet Marikh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button