AntarabangsaHollywood

Aktor Luke Perry Meninggal Dunia Akibat Penyakit Angin Ahmar

Pelakon popular Luke Perry dilaporkan meninggal dunia di usia 53 tahun akibat serangan penyakit angin ahmar.

Menurut pengurusnya, Luke menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga dan rakan rapatnya di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.

Kedua-dua anak Luke, Jack dan Sophie, tunangnya, Wendy Madison, bekas isteri Minnie Sharp, ibu Ann Bennett dan adiknya, Tom Perry dan Amy Coder menemaninya di hospital ketika saat-saat akhir aktor yang cukup digilai kerana wajah kacaknya itu.

Luke yang popular menerusi siri drama TV seperti Beverly Hills, 90210 dan Riverdale dikejarkan ke hospital pada Rabu selepas dia diserang angin ahmar ketika berada di set penggambaran Riverdale.

“Ahli keluarga Luke sangat sangat menghargai doa-doa semua pihak dari seluruh dunia dan meminta mereka diberikan privasi buat masa sukar ini,” kata pengurus Luke, Arnold Robinson.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button