AntarabangsaBollywood

Alia Bhatt Dah Lali Gaya Hidup Glamor & Jadi Perhatian

Pelakon baharu, Alia Bhatt menyatakan dia sudah lali dengan kehidupan glamor dan sentiasa menjadi perhatian umum sejak kecil.

Anak kepada pengarah filem Mahesh Bhatt dan pelakon veteran Soni Razdan berkata niatnya memasuki industri lakonan Bollywood adalah untuk menggembangkan bakatnya sebagai seorang aktres.

“Saya membesar di kalangan ahli keluarga yang sentiasa menjadi tumpuan umum. Saya sudah melaluinya sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan ia tidak memberi kesan terhadap diri saya.

“Fokus saya kini adalah untuk memberikan lakonan yang terbaik agar watak yang dijayakan dapat memberi kesan terhadap penonton,” katanya memetik Times of India.

Pelakon berusia 25 tahun itu membuat kemunculan sulung menerusi filem arahan Karan Johar, Student of the Year pada 2012. Antara filem-filem yang pernah dijayakan Alia termasuk, Raazi, Highway, Udta Punjab dan Dear Zindagi.

Sama seperti selebriti lain, Alia tidak ketinggalan terpalit dengan gosip cinta bila mana dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Ranbir Kapoor. Pasangan ini turut didakwa akan mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button