Cerita ArtisHiburan

Alif Satar ‘Rimas’ Sering Dikaitkan Dengan Kontroversi Aliff Aziz

Radar hiburan tempatan sekarang hangat dengan kisah kecurangan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dengan pelakon baharu, Octavia Manrose seperti mana didedahkan oleh isteri Aliff, Bella Astillah di laman Instagramnya semalam.

Namun begitu, dalam kerancakan kisah mengenai Aliff-Oktavia, tidak semena-mena nama pelakon dan penyanyi Alif Satar turut terkait sama gara-gara memiliki nama sama dengan selebriti kelahiran Singapura itu.

Rata-rata masih ramai lagi keliru ‘Alif’ mana yang sering menduakan isterinya sehingga membuatkan Alif Satar membuat ‘disclaimer’ di Instagram menerusi kapsyen video yang dikongsikannya.

Malah, bapa kepada dua orang cahaya mata perempuan itu turut menulis namanya dengan menggunakan kesemua huruf besar.

Mungkin ‘rimas’ dengan kekeliruan netizen, Alif menjelaskan, “Korang pernah tak kena petik nama? Padahal aku takda kena mengena dalam ini cerita!”

Sebelum ini, nama Alif Satar turut pernah dikaitkan dengan kontroversi Aliff Aziz yang terkantoi dengan pelakon Afifah Nasir pada 2017 di sebuah pusat karaoke.

Diharapkan dengan penjelasan Alif Satar itu, selepas ini peminat tidak lagi terkeliru di antara Aliff Aziz dan Alif Satar. – KopiPlanet.com

Foto & Video: Instagram Alif Satar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button