
Aliff Syukri Minta Ustaz Tuduh Dirinya Guna Pelaris Bertaubat
Pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meminta supaya ustaz yang membuat tuduhan dia menggunakan pelaris dalam perniagaannya supaya bertaubat.
Usahawan terkenal itu menerusi laman sosialnya memuat naik satu status screen shot seorang pengguna produknya yang memberitahu ada ustaz yang mengatakan dia menggunakan pelaris.
“Bertaubatlah ustaz. Ada beberapa orang What’s App benda yang sama. Kenapa sampai macam ni? Ustaz yang bijak nasihat saya jangan jadi syirik ye.
“Sumpah dengan nama Allah saya tak pakai pelaris apa-apa. Saya berniaga secara betul dan halal semua ada KKM dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia),” ujarnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Ternyata status yang dimuat naik oleh pelakon utama filem Badang itu mendapat reaksi yang positif dan memintanya supaya bersabar dengan tuduhan tersebut.
Malah, ramai juga netizen yang turut mengecam ‘ustaz’ berkenaan apabila menuduh semua produk Malaysia menggunakan pelaris dan menyuruh memakai produk dari UK. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri




