Cerita ArtisHiburan

Shaheizy Sam Anggap Satu Penghormatan Jadi Pilihan Juara Dunia

Pelakon popular Shaheizy Sam menganggap ia satu penghormatan buat dirinya apabila namanya menjadi pilihan juara dunia lumba basikal, Azizulhasni Awang untuk berlakon dalam filem biopik.

Azizulhasni sebelum ini berkata, dia melihat potensi pelakon berkenaan dalam melakonkan wataknya memandangkan mereka mempunyai beberapa ciri persamaan fizikal.

“Saya rasa itu satu penghargaan yang besar apabila nama saya terlintas di fikiran seorang atlet yang bergelar juara dunia.

“Secara jujurnya, saya sedia untuk membawa watak Azizulhasni kerana percaya banyak pengajaran yang boleh dikongsikan kepada masyarakat atas usaha, pengorbanan dan perjuangan yang beliau lakukan untuk sampai ke tahap sekarang,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Menurut Sam, dia berbesar hati untuk menggalas peranan tersebut sekiranya diberikan peluang memandangkan dia suka berlakon filem yang menggambarkan tentang perjuangan insan-insan yang telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.

“Sebenarnya, Sam memang suka filem biopik yang menceritakan tentang perjuangan seseorang individu itu sehingga boleh mencatat kejayaan luar biasa di mata dunia.

“Jika diberikan peluang, Sam memang sangat gembira kerana filem ini pastinya akan memberikan motivasi kepada penonton agar berusaha sehingga mencapai kejayaan seperti mana yang telah dilakukan Azizulhasni,” ujarnya lagi.

Penerbit filem biopik tersebut iaitu ThreeSixty Management dan UniTalent difahamkan akan mengadakan satu ujibakat dalam misi mencari Azizulhasni dan sesi itu terbuka kepada pelakon sedia ada mahupun orang ramai yang ingin mencuba nasib di luar sana.

Filem biopik Azizulhasni akan diarahkan oleh Raja Mukhriz ini akan menjalani penggambaran pada penghujung tahun ini. Ia bakal menampilkan lokasi sebenar di mana Azizulhasni membesar sehingga berjaya memegang gelaran juara dunia.

Antara lokasi penggambaran yang sudah dikenalpasti ialah di Terengganu, Kuala Lumpur dan Australia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button