• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Persenda Pelakon Wan Maimunah

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara dakwaan dirinya mempersendakan pelakon veteran, Wan Maimunah menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.

Menurut Aliff, dia tidak menyangka perkara tersebut telah menyinggung perasaan pelakon itu sehingga mencetuskan kontroversi.

“Saya mohon maaf pada Mama Wan Maimunah kerana saya tidak sangka perkara tersebut telah menyentuh sensitivitinya. Kebetulan saya hanya mengikut skrip yang disediakan oleh sebuah blog yang membuat rakaman pada hari itu.

“Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan blog tersebut dan mengaku kesalahan yang dibuat dan saya janji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang. Saya minta maaf Mama Wan Maimunah,” jelasnya.

Aliff ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Cowok Baru yang berlangsung di ibu pejabat D’Herbs, Kota Damansara hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Aliff meminta rakannya, Nur Sajat untuk memilih watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah atau Nyi Blorong.

Sajat kemudian mempersoalkan kenyataan Aliff dengan mengatakan watak itu keji dan tidak sesuai dengan wajahnya yang dianggap seperti ratu cantik.

Susulan kenyataan itu, ramai netizen menghentam Aliff dan Sajat di atas keterlanjuran kata-kata mereka. Malah, Wan Maimunah turut meluahkan kesedihannya apabila ‘dihina’ oleh kedua-dua selebriti tersebut seperti yang dimuat naik di laman Instagramnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend