• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aliff Syukri Nafi Isu Gaduh Dengan Isteri Satu Gimik Pemasaran

Usahawan berjaya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan isu pergaduhan melibatkan dirinya dan isteri, Datin Shahida Mohd Rashid adalah satu gimik seperti yang mana yang didakwa warga maya.

Menurut, Aliff isu rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main malah dia tidak pernah tergamak menggunakan isu pergolakan dalam perkahwinan sebagai strategi untuk promosi dan pemasaran produk miliknya.

“Kisah mengenai isu pergolakan rumah tangga dengan isteri adalah perkara yang betul, ia bukan satu gimik daripada saya. Orang selalu nampak saya gembira di media sosial tapi kalau nak tahu yang sebenarnya itu semua lakonan daripada saya. Seperti yang semua tahu, saya juga merupakan seorang ahli perniagaan, jadi sudah tentu jadual kerja saya terlalu padat.

“Pada ketika itu juga, isteri saya yang sedang sarat hamil perlukan perhatian daripada saya. Masa itu, jadi macam dia tidak faham saya dan saya pun tidak faham dia. Bukan saya kata dia isteri yang tidak bagus cuma kami rasa macam ada sahaja benda tidak kena sampai satu masa saya terus ‘break down’.

“Saya rasa tidak perlu nak cerita lebih lanjut mengenai perkara itu tapi senang cerita memang ia adalah salah saya dan bukan gimik. Saya terlalu sayangkan keluarga saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran program kecergasan terbitannya, Akademi A Comel yang berlangsung di Sugeh Villa, Sungai Buloh, semalam.

Menurut Aliff, 32, lagi isu rumah tangga mereka bergolak juga bukanlah disebabkan muncul orang ketiga di antara hubungan tersebut sebaliknya, ego masing-masing yang terlalu tinggi menyebabkan perkara itu berlaku. Namun masalah di antara sudah selesai selepas masing-masing berbaik di antara satu sama lain baru-baru ini.

“Bagi saya isu yang timbul di kalangan suami isteri tidak sesuai dijadikan sebagai ‘content’ atau gimik. Apa yang saya boleh cakapkan ia berlaku disebabkan ego masing-masing yang tinggi tapi kini kami dah berbaik semula seperti biasa. Pengajaran yang saya dapat di sini, suami dan isteri perlu memahami di antara satu sama lain. Bila kita duduk jarak jauh baharulah kita hargai apa yang isteri buat untuk kita selama ini, baru timbul rasa kehilangan itu,” jelasnya lagi.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada 2007 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Pasangan ini turut menantikan kelahiran anak kelima yang dijangka lahir pada awal tahun hadapan.

Sementara itu, mengulas mengenai Akademi A Comel yang dijayakannya itu menampilkan 10 peserta berbadan besar yang dipilih secara rawak. Kesemua peserta akan dikuarantin selama tiga bulan di sebuah villa yang mana semua perbelanjaan mereka akan ditanggung oleh pihak AS Legacy.

Peserta yang berjaya menurunkan berat badan paling banyak sepanjang tiga bulan itu akan membawa pulang habuan wang ringgit sebanyak RM15,000. Peserta akan melakukan pelbagai aktiviti senaman yang bersesuaian dengan keupayaan mereka di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Ediasyamin Ediasmizul. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend