Cerita ArtisHiburan

Along Cham Tidak Pernah Halang Zila Saeron Lawat Anak

Walaupun sudah tidak mempunyai ikatan sebagai pasangan suami isteri, namun pelakon dan pelawak Along Cham tidak pernah sesekali mempunyai niat untuk memisahkan kasih sayang antara anak tunggalnya, Ahmad Danial dengan bekas isterinya, Zila Saeron.

Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 36, berkata selama ini dia tidak pernah menghalang Zila daripada menziarahi Daniel yang kini tinggal bersama Along dan keluarga di Johor.

“Saya dah lama maafkan dia dan di dalam hati ini pun tidak ada dendam langsung. Apatah lagi, dia ibu kepada anak saya.

“Syurga anak saya tetap di bawah tapak kaki ibunya. Jadi, kasih di antara anak dan ibu takkan terputus,” kata Along kepada KopiPlanet.com

Along ditemui pada majlis pelancaran filem Tiada Tajuk yang berlangsung di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem arahan Mawi itu akan ditayangkan di pawagam bermula 4 April ini.

Menurut Along buat masa ini fokusnya adalah untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat Danial selain enggan anaknya mengetahui kisah silam yang berlaku terhadap kedua ibu bapanya sebelum ini.

“Sekarang fokus saya memang untuk berikan pendidikan yang terbaik untuk dia. Saya mahu dia dapat bimbingan seimbang baik dari segi akademik dan juga agama.

“Sekarang Daniel bersekolah di sebuah madrasah di Johor dan kalau boleh saya memang tak nak dia tahu mengenai kisah silam saya dan bekas isteri, tetapi tengoklah sampai bila boleh sorok, lambat-laun dia pasti tahu juga,” ujarnya lagi.

Mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, Along bagaimanapun berkata dia masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Anak saya boleh terima (pasangan baharu), cuma saya yang perlukan masa untuk yakin dengan diri sendiri supaya dapat jadi ketua keluarga yang baik.

“Bagi saya apa yang berlaku dulu (penceraian) tetap ada hikmahnya daripada Allah SWT dan saya pun tak sepenuhnya meletakkan salah pada dia seorang.

“Apa yang berlaku itu kerana kelemahan saya sebagai suami dia ketika itu dan ia kekurangan daripada kami berdua dalam perhubungan,” kata Along lagi.

Along dan Zila sah bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas enam tahun hidup bersama.

Susulan penceraian itu, Along mendapat hak penjagaan kekal anak mereka, Ahmad Danial manakala, Zila diberi hak lawatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button