Cerita ArtisHiburan

Alvin Chong Balik Bercuti Dari AS, Sedia Jalani Ujian Saringan

Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong akan menjalani ujian saringan kesihatan sekali gus bersedia dikuarantin selama 14 hari selepas tiba dari Amerika Syarikat.

Alvin, 29, berkata dia akan mematuhi segala arahan yang sudah dikeluarkan kerajaan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula esok.

“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan dikeluarkan Perdana Menteri semalam.

“Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.

“Saya juga akan kuarantinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan. Cuma apa yang dirisaukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,” katanya.

Alvin berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama.

Alvin yang baru muncul dengan single Tak Terganti terbitan Universal Music berkata, dia tidak terlepas daripada menjaga kesihatan sepanjang berada di negara Uncle Sam itu termasuk ketika berada dalam penerbangan.

“Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu. Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

“Jadi, jangan risau semua. Saya juga tidak mahu ada apa-apa yang berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button