Cerita ArtisHiburan

Amira Othman Gembira Azhar Dah Bertemu Pengganti

Penyanyi Amira Othman, 25, berkata dia gembira apabila mendapat perkhabaran bekas teman lelakinya, Azhar Osman sudah pun bertemu penggantinya.

“Saya gembira untuk dia. Baru-baru ini pun saya ada ajak dia datang majlis pelancaran single baharu saya, saya siap ajak temannya wanitanya sekali. Benda dah lepas, masing-masing pun dah teruskan kehidupan.

“Bagi saya pula, saya tidak mahu terburu-buru untuk mencari cinta baharu dan kalau boleh tak nak dengan orang dalam industri yang sama,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan CTFit di ibu kota, hari ini.

Menurut pelantun lagu Hati-Hati ini, dia meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang ketika usianya mencecah 27 tahun.

“Kalau masa itu masih belum ada calon lagi baharu saya serahkan kepada ibu bapa untuk carikan calon. Saya percaya dengan pilihan mereka. Pastinya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka,” katanya lagi.

Amira juga turut menyimpan impian untuk terlibat dalam bidang perniagaan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Kalau boleh saya nak ada bisnes sendiri dulu sebelum bergelar isteri. Tapi itu semua rancangan saya, kita tak tahu apa rancangan yang telah direncanakan oleh Allah SWT. Semuanya terletak di tangan-Nya,” jelasnya.

Amira dan Azhar bercinta ketika sama-sama menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button