• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Angelina Jolie & Brad Pitt Masuk Mahkamah Lawan Hak Jagaan Anak

Pelakon Angelina Jolie dan bekas suaminya, Brad Pitt akan berlawan di mahkamah demi menuntut hak jagaan keenam-enam anak mereka.

Menurut laporan CNN, perbicaraan dijadualkan berlangsung bermula 4 Disember ini.

Pasangan selebriti ini berpisah pada September 2016 dan Jolie menerangkan ketidaksefahaman menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

Sepanjang menjalani hidup bersama, Angelina dan Brad mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 17, Pax, 14, Zahara, 13, dan tiga anak kandung mereka iaitu Shiloh, 12, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 10.

Angelina dan Brad sebelum ini sering bertelagah mengenai hak penjagaan anak mereka sehingga memaksa mereka membawa perkara itu kepada perbicaraan mahkamah.

Angelina menuntut hak penjagaan sepenuhnya menjadi miliknya sementara Brad mahukan hak penjagaan bersama.

Setakat ini, kesemua anak mereka berada di bawah penjagaan Angelina dan perbicaraan pasangan ini dijangka akan mengambil suatu masa yang panjang untuk diselesaikan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend