• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Angelina Sibuk Shooting, Brad Pitt Ambil Alih Jaga Anak

Sepanjang musim panas ini aktor Brad Pitt akhirnya dapat meluangkan masa berkualiti bersama keenam-enam anaknya.

Ini kerana, bekas isterinya, Angelina Jolie bakal menghabiskan cuti musim panas dengan terlibat dalam penggambaran filem Those Who Wish Me Dead.

“Angelina sibuk dengan penggambaran filem jadi dia meminta Brad untuk menjaga anak mereka sepanjang ketiadaannya.

“Ini adalah satu langkah besar untuk mereka kerana sebelum ini Brad jarang dapat meluangkan masa dengan anak-anaknya sejak pasangan itu disahkan bercerai.

“Brad teruja dengan pelawaan Angelina malah dia turut mengundang ibu bapanya untuk menetap di rumah agamnya di Los Angeles agar anak-anak dapat bertemu dengan datuk dan nenek mereka,” kata satu sumber yang terdekat dengan pasangan itu.

Walaupun sudah hampir tiga tahun berpisah, namun Brad dan Angelina masih belum memutuskan siapa yang memegang hak mutlak jagaan anak-anak mereka.

Mereka berdua bersetuju dengan perjanjian sementara yang mana Brad diberi peluang untuk melawat anak-anak pada bila-bila masa yang diperlukannya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend