• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Anzalna Nasir Buat Kejutan, Umum Sedang Hamil Empat Bulan

Kebiasaannya jika tiba pada sambutan hari lahir, individu itu akan dikejutkan dengan pemberian hadiah dan kek daripada orang tersayang.

Tapi kali ini berlainan buat pelakon Anzalna Nasir yang memberikan kejutan dan hadiah buat semua ahli keluarganya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31, semalam.

Menerusi video yang dikongsikan aktres itu menerusi laman Instagramnya, Anzalna menghadiahkan gambar imbasan bayi yang dikandungnya kepada ahli keluarga yang kelihatan gembira dan teruja dengan perkhabaran tersebut. Anzalna kini disahkan sedang hamil empat bulan.

“Saat yang paling saya nantikan. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan bila masa yang sesuai untuk dikurniakan rezeki ini. Pada hari istimewa hari jadi saya, saya ingin berkongsikan kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama.

 

View this post on Instagram

 

The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby👶🏻🤰🏻Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant Watch full video at https://youtu.be/k8FJ7cdj1Lg Videographer: Thank you for the memorable video. @the.affiliates @aizatrush @nadia__

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsiaNya. Tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.

Anzalna dan suami, Mohd Hanif Zaki diijabkabulkan pada 21 Februari 2016 di sebuah hotel di ibu kota. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend