• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Ariana Grande Berjaya Gabungkan Semula N’Sync Dalam Persembahannya

Penyanyi Ariana Grande berjaya menggabungkan semula ahli kumpulan N’Sync yang cukup menjadi kegilaan ramai pada era 2000.

Ariana menerusi slot persembahannya di festival muzik Coachella 2019 hari ini membawakan semula N’Sync dan berkolaborasi dengan mereka menerusi lagu ‘berhantu’ boyband itu berjudul Tearin’ Up My Heart.

Sebelum menjemput N’Sync, Ariana terlebih dahulu menghiburkan peminat dengan lagu hitsnya, God Is A Woman dan Bad Idea yang merupakan lagu-lagu yang terkandung album terbaharunya, Thank U, Next.

“Saya dah lama nantikan saat untuk mengungkapkan ini, dipersilakan N’Sync,” kata Ariana memperkenalkan kumpulan itu sebelum mereka bergabung menyampaikan lagu Tearin’ Up My Heart.

Yang pastinya, hanya empat ahli N’Sync sahaja yang muncul dalam reunion itu, iaitu Lance Bass, JC Chasez, Joey Fatone dan Chris Kirkpatrick tanpa kehadiran rakan baik mereka, Justin Timberlake. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend