• FOLLOW US
Filem, Road Tour

Ayda, Farid Jelajah Utara Promosi Pinjamkan Hatiku

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 November ini, pelakon filem Pinjamkan Hatiku, Ayda Jebat dan Farid Kamil akan turun ke tiga negeri di utara Semenanjung Malaysia bagi mempromosikan filem arahan Osman Ali pada hujung minggu ini.

Selain dua pelakon popular itu, vokalis 6ixth Sense, Adi Priyo yang menyanyikan lagu OST Pinjamkan Hatiku turut sama akan memeriahkan road tour berkenaan.

Sabtu ini para pelakon Pinjamkan Hatiku yang diterbitkan Aurawhite Global dan Nuansa Film bakal menemui peminat di GSC Aman Sentral, Alor Star pada jam 1 petang dan di GSC Amanjaya, Sungai Petani pada jam 4 petang.

Keesokan harinya pula, Ayda, Farid dan Adi akan bergerak ke GSC Sunway Carnival, Pulau Pinang tepat jam 12 tengah hari dan ke GSC Ipoh Parade, jam 5 petang bagi melengkapkan sesi jelajah di utara tanah air.

Buat peminat filem tempatan, jangan lupa temu janji anda dengan Ayda, Farid dan Adi pada hujung minggu ini.  Ayuh, ramai-ramai meriahkan lokasi road tour Pinjamkan Hatiku! – KopiPlanet.com

Sinopsis

Pinjamkan Hatiku mengisahkan seorang gadis bernama Laila Safitri (Ayda Jebat), penulis novel yang pulang ke kampung tempat dia pernah dibesarkan bersama neneknya dengan hasrat untuk menyiapkan novel terbaharunya.

Sudah kebetulan berada di kampung halaman, Laila mengambil peluang bertemu dengan rakan-rakan sekolahnya yang dulu.  Tanpa disedari, kehadiran Naufal (Shaheizy Sam), iaitu rakan sekolahnya dulu yang suka menyakat Laila telah membuat hati gadis itu berbunga-bunga.

Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal.  Begitu juga dengan Naufal.

Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr Hasnan (Farid Kamil) yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.

Apakah pengakhiran kisah cinta mereka?  Berjayakah Dr Hasnan memaut hati Laila sedangkan hati gadis itu terpaut nama Naufal?  Sama-sama saksikan kisah cinta penuh romantis ini bermula 30 November ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend