Cerita ArtisHiburan

Azlee Yakin Senario Masih Diminati, Filem Baharu Boleh Jual

Anggota kumpulan Senario, Azlee yakin kumpulan itu masih lagi masih lagi relevan untuk bergiat aktif dalam bidang seni.

Memberi bayangan bahawa mereka bakal muncul dengan filem terbaharu di bawah arahan sutradara popular, Aziz M.Osman, Azlee percaya filem itu bakal menjadi tumpuan di kalangan peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculan semula mereka.

Senario merupakan kumpulan lawak yang pernah menjadi fenomena pada tahun 90-an. Kumpulan itu dianggotai turut dianggotai Wahid, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet, Ilya, Hamdan dan Yassin.

“Saya ada berjumpa dengan Aziz dalam satu majlis yang mana dia cakap inginkan Senario kembali dengan filem baru arahannya berjudul Ada Lagi Senario. Aziz sekarang masih lagi di peringkat perbincangan dengan pihak perfileman. Misal katanya semua berjalan dengan baik dan Senario bagi kata putus ingin berlakon kembali, InsyaAllah Aziz akan mengarahkannya.

“Setakat ini, apa yang kami boleh katakan kami tidak akan menolak sekiranya Aziz ingin mengarahkannya. Malah peminat kami juga tertanya-tanya bila kami ingin buat ‘comeback’. Jadi pada saya ini adalah masa yang sesuai Senario kembali dan saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media program Maharaja Lawak Mega 2019 yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biarpun sudah lebih dua dekad Senario bertapak dalam bidang seni, namun Azlee terharu dengan sokongan peminat yang masih lagi setia menyokong mereka sehingga ke hari ini.

Keakraban sesama ahli kumpulan juga menjadi antara resepi kepada kejayaan mereka yang masih lagi bertahan selepas 20 tahun.

“Dari dahulu kami mempunyai persefahaman dan serasi di antara satu sama lain. Yang penting kalau ada salah faham, jangan ambil serius, selesaikan di situ. Yang bangganya saya dengan Senario, kami tidak pernah berpecah biarpun ahli kami ada silih berganti,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Azlee bakal memulakan saingan dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019). Azlee bakal disatukan dengan Acong Sweetchild dan Mamat Sepah menerusi kumpulan Stone.

MLM 2019 bakal bersiaran bermula 1 November ini dan akan disiarkan menerusi Astro Warna (132) dan Warna HD (125). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button