AntarabangsaKpop

Bakal Berpecah, Konsert Terakhir Wanna One Berlangsung Januari Ini?

Kumpulan K-Pop, Wanna One dikhabarkan bakal mengadakan konsert terakhir mereka pada bulan Januari ini.

Wanna One yang dianggotai 11 ahli itu dikatakan akan mengadakan siri konsert selama tiga hari berturut-turut bagi meraikan perpisahan mereka.

Sehingga kini pihak pengurusan mereka, Swing Entertainment dan CJ E&M masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut.

Wanna One yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu merupakan peserta rancangan realiti Produce 101 musim kedua.

Cukup terkenal dengan lagu hit seperti Beautiful dan Energetic, Wanna One dianggotai Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button