Cerita ArtisHiburan

Bakal Keluar Dua Single Duet, 2018 Tahun Sibuk Khai Bahar

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Khai Bahar menyifatkan tahun ini sebagai tahun paling sibuk dalam kerjaya seninya.

Bakal mengeluarkan dua single duet dalam masa terdekat, Khai berkata dia ingin terlebih dahulu menumpukan terhadap penghasilan single demi single sebelum mengeluarkan album penuh.

“Selepas ini saya akan muncul dengan dua single duet, satu dengan seorang penyanyi baharu, Fatin Husna dan satu lagi selepas bulan Ramadan akan keluar single dengan penyanyi Indonesia, Tiffany untuk lagu OST filem dari sana yang berjudul Doa Di Jabbah,” katanya ketika ditemui KopiPlanet.com pada majlis Anugerah Digital Muzik Era di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis itu, lagu Khai yang berjudul Luluh berjaya memenangi trofi Lagu Cover Terbaik Era menewaskan finalis lain seperti Projektor Band, Ara Johari, Syafiq Farhain dan Aiman Tino.

Penyanyi yang memiliki nama lengkap Muhammad Khairul Baharuddin ini menyifatkan kemenangannya itu sebagai satu hadiah buat peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap karier nyanyiannya.

“Tahun ini tercalon dan Alhamdulillah saya menang. Ini semua berkat undian daripada peminat-peminat saya yang sentiasa menyokong pembabitan saya dalam bidang seni. Terima kasih buat peminat semua,” katanya.

Penyanyi yang mula menempa nama menerusi aplikasi Smule ini bakal berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke -32 (AJL 32) pada 11 Februari ini bersama 11 finalis yang lain.

Lagu Bayang yang bakal dipersembahkan Khai merupakan hasil ciptaan Alam Harry Khalifah dan Patrick Anahonda. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button