• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bakal Tamatkan Zaman Duda, Wanita Mualaf Pilihan Eizlan Yusof

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, bakal menamatkan zaman duda dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini.Pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, Eizlan mengambil pendekatan merahsikan wajah bakal suri hidupnya itu sehingga hari pernikahan mereka minggu hadapan.

Untuk meraikan hari bahagia mereka, pasangan itu telah merancang sebanyak empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).

Berkenalan sejak empat tahun lalu, Eizlan berkata dia tertarik hati dengan perwatakan kelakar wanita kelahiran Kuala Lumpur itu yang bekerja dalam sektor perhotelan.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.

“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Bercerita lanjut mengenai majlis empat hari berturut-turut yang akan dijayakannya itu, Eizlan berkata perkara itu semua diuruskan oleh rakan-rakan baiknya dalam Angkatan Pertahanan Awam.

“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.

“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,” katanya yang akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend