AntarabangsaHollywood

Bekas Isteri Ucap Tahniah Kelahiran Bayi Orlando Bloom-Katy Perry

Bekas isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr menyampaikan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan Katy Perry dan Orlando yang selamat dilahirkan Rabu lalu.

Supermodel itu meninggalkan ucapan di bahagian komen laman Instagram Katy dengan menulis, “Saya sangat gembira untuk kalian berdua. Tak sabar nak berjumpa dengan dia.”

Kelahiran anak perempuan Katy dan Orlanda diumumkan menerusi laman Instagram Unicef. Pasangan itu turut mendedahkan nama pilihan, Daisy Dove Bloom untuk puteri sulung mereka.

Orlanda sebelum ini berkahwin dengan Miranda pada 22 Julai 2010 namun berpisah tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Flynn yang kini berusia sembilan tahun.

Selepas kegagalan perkahwinan dengan Orlando, Miranda kini bahagia dengan suami baharu, Evan Spiegel dan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Hart, 2, dan Myles yang kini genap berusia 10 bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button