FilemReview

Bengkak Mata Menangis Tengok Pinjamkan Hatiku

Usai malam gala filem Pinjamkan Hatiku di GSC Pavilion Selasa lalu, kebanyakan penonton mengakui babak-babak dalam filem itu mampu meruntuhkan tembok air mata mereka.

Kebanyakan yang sudah menonton filem itu mengakui karya garapan sutradara popular Osman Ali ini benar-benar menyentuh jiwa sehingga membuatkan setiap penonton terkesan dengan lakonan para pelakonnya.

Jalan cerita cinta tiga segi itu digarap dengan sangat baik malah dua lagu OST filem ini yang dinyanyikan Ayda Jebat, Adi Priyo dan Hafiz Suip turut membuai sama perasaan penonton.

Pinjamkan Hatiku mengisahkan cinta tiga segi melibatkan Naufal, Laila Safitri dan Dr Hasnan.

Laila (Ayda Jebat) berada dalam keadaan dilema di antara dua lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya, Naufal lakonan Shaheizy Sam dan Dr Hasnan (Farid Kamil).

Antara komen-komen daripada netizen yang sudah menonton pada malam gala tempoh hari rata-rata memberikan review positif dengan filem romantis ini.

Sampai ada yang bengkak-bengkak mata sebab menangis pun ada tau!

@Annazrulan menulis, “Cuma satu jela nak pesan, bawak la tisu masuk ke pawagam kalau nak tengok Pinjamkan Hatiku. Takpun engkau pinjam je tisu orang sebelah, itu kalau dia kasilah.”

“@Owtothezie pula berkata, “Jalan cerita dia memang sedih. Memang aku menyesal tnegok sebab ada scene-scene yang aku rasa takut kalau kena kat aku sekeluarga.”

“Arahan Osman Ali. Kau tahu sedih dia macam mana? Sedih sampai aku menangis lap air mata guna tudung sebab tisu tak cukup!”

Itu antara sebahagian daripada respons peminat yang sudah menonton Pinjamkan Hatiku.

Buat anda semua yang sudah tak sabar menyaksikan Pinjamkan Hatiku, set date pada 30 November ini kerana ia bakal ditayangkan bermula pada Khamis hadapan di 109 buah pawagam seluruh negara.

Jangan lupa bawa tisu masuk panggung ya!- KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button