Penyanyi Nicki Minaj kini digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelumba Formula One, Lewis Hamilton.
Khabar angin itu bertiup kencang selepas kedua-duanya berkongsikan gambar percutian di laman Instagram masing-masing.
Kedua-duanya sempat meluangkan masa dengan mencuba permainan ATV.
Walau bagaimanapun sehingga kini jurucakap Nicki masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut.
Lewis yang memandu untuk pasukan Mercedes sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Nicole Scherzinger. – KopiPlanet.com




