HiburanSelebriti

Berdepan Tuntutan Wani Comel, Aliff Syukri Akan Beri Penjelasan Isnin Ini

Usahawan kosmetik yang juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akan memberikan penjelasan berhubung tuntutan yang dibuat oleh Wani Comel yang juga merupakan duta salah satu produk keluarannya.

Menerusi Instagram miliknya, Aliff menyatakan dia memerlukan persediaan sebelum menjawab segala persoalan yang timbul.

“Alhamdulillah… Saya tunggu-tunggu juga akhirnya hari ni berlaku.cSaya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau.

“Tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang… ikut hati nak jawab juga hari ni tapi tak ada persediaan dari segi masa biar anda sendiri menilai dan kami tahu siapakah punca perkara ini,” tulisnya.

> Baca: “Paling Tinggi Saya Dapat Bayaran RM350” – Wani Comel Buat Tuntutan Terhadap Usahawan Kosmetik

Pada petang tadi, dalam satu sidang media Wani Comel mendakwa hanya dibayar paling tinggi RM350 sahaja, sedangkan di dalam kontrak dia akan diberikan rumah, kereta dan bayaran bulanan sebanyak RM3,000 apabila menjadi duta produk berkenaan.

Menurut Aliff, beliau akan menjawab semua persoalan dengan segala maklumat yang ada dalam perjanjian serta tidak separuh-separuh seperti yang dibaca.

“Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah,serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button