Cerita ArtisHiburan

Beri Laluan PRU14, Konsert May & Prime Domestic Ditangguhkan

Konsert Rock Legend 2018 melibatkan kumpulan rock terkenal May dan Prime Domestic yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei ini di Maeps, Serdang ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Penangguhan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

“Pihak penganjur, Dreamstage mengambil langkah ini bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada PRU14.

“Tarikh konsert yang hanya empat hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan para peminat yang mungkin ataranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi,” kata penganjur memetik kenyataan media.

Prime Domestic yang ditubuhkan pada awal tahun lalu dianggotai Joe selaku gitaris, Hillary Ang (gitar), Aweera (vokalis), Fauzi (pemain bass) dan Ainol selaku pemain drum sementara May diterajui Mus (vokalis), Man (pemian drum) dan Yus sebagai pemain bass.

Harga tiket dijual pada harga RM68, 120 dan RM180 boleh didapati dengan melayari laman web www.ilassotickets.com atau www.dreamstageconcert.com serta menerusi talian hotline 03-21706333 atau 017-2630437. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button